Untuk pengantin baru yang bakal melangsungkan perkahwinan
mungkin masih mencari-cari warna tema apa yang sesuai untuk perkahwinan yang
akan dilangsungkan nanti… Kami TS Canopy
Services akan memberikan tip-tip bagaimana memilih warna yang sesuai untuk
majlis bersejarah anda.
1. Hadiri majlis perkahwinan sahabat anda untuk
survey warna apa yang mereka gunakan. Ini untuk mengelakkan dari anda
menggunakan warna yang sama. Ataupun, anda ingin menggunakan warna yang sama,
tetapi and boleh bermain dgn ton warna berbeza, juga boleh gunakan fabrik
berbeza seperti chiffon, satin dan lain-lain.
2. Pergilah membuat survey di seberapa banyak butik
pengantin dan lihat apakah warna-warna yang terbaru menjadi pilihan
pengantin-pengantin masa kini. Untuk tahun ini banyak pengantin sukakan
warna-warna seperti unggu gelap, turqouise, merah jambu, merah jambu terang
(fuchsia), biru laut, kuning, oren terang, merah darah dan lain-lain.
3. Pilih warna yang pastinya membuat anda terserlah
dari tetamu yang hadir ke persandingan anda. Jika tidak anda akan
tenggelam dan tidak akan menonjol.
4. Jangan memilih warna mengikut hati, kerana belum
tentu ia sesuai dengan gaya, penampilan, dan warna kulit anda. Setiap orang
mempunyai keserasian warna yang berbeza yang boleh menaikkan seri wajah anda
nanti.
5. Pastikan ada perbezaan warna antara baju anda
dengan warna pelamin supaya anda tidak ditenggelami oleh pelamin sekaligus
boleh member kesan pada gambar perkahwinan anda.
6. Elakkan pakaian sama warna dengan saudara-mara
pengantin. Ini untuk memastikan anda adalah tumpuan di hari bersejarah anda
sendiri.
7. Untuk membuat anda kelihataan menarik di dalam
album gambar perkahwinan pilihlah warna-warna yang tak ditelan dek
zaman(evergreen) seperti warna-warna lembut. Antaranya, warna putih, peach,
warna Tiffany blue, warna merah jambu, turqouise lembut, unggu lembut,
sesuai untuk anda yang berpenampilan sederhana dan lembut untuk kesan minima
tetapi anggun dan ayu.
8. Bagi mereka yang berani boleh mengenakan
warna-warna yang terang seperti merah hati, biru tua, unggu gelap dan lain-lain
warna.
TS Canopy berharap tip-tip ini boleh membantu menyerikan
lagi hari persandingan raja sehari anda bersama insan yang tersayang.
Semoga tip-tip ini membantu anda membuat pilihan serta
memudahkan anda dan keluarga.
0 comments:
Post a Comment