Syarat-Syarat Tempahan & Bayaran



  • Pembayaran deposit adalah sebanyak 30% dari jumlah nilai tempahan hendaklah dibayar sebaik sahaja tempahan telah dibuat.
  • Baki pembayaran hendaklah dibuat selepas kami selesai memasang kanopi/khemah dan pelanggan telah berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Pembayaran masih boleh dibuat pada watu kami membuka kanopi/khemah atas budi bicara kami.
  • Pembayaran boleh dibuat secara ansuran sehingga tarikh majlis untuk member kemudahan kepada pelanggan kami.
  • Setiap transaksi bayaran adalah dalam bentuk TUNAI atau BANK IN sahaja.
  • Tempahan kanopi untuk sebarang majlis hendaklah dibuat 7 hari sebelum dari tarikh majlis.
  • Sebarang kerosakan dan kehilangan barang/peralatan kanopi/khemah adalah menjadi tanggungjawab pelanggan. Barangan/peralatan mesti dipulangkan dalam keadaan yang baik. Sebarang kerosakan atau kehilangan barangan/peralatan perlulah diganti mengikut harga/nilai barangan/peralatan tersebut.
  • Wang deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan tempahan dibuat sebelum tarikh majlis.

0 comments:

Post a Comment