Wednesday, 19 February 2014

PERSIAPAN



Persiapan utk majlis hujung minggu ini. Harap semuanya berjalan dgn lancar. Aminn...


PERKARA 15: BAJU PERSALINAN



Haaa...aritu kita bincang pasal baju nikah kan...sekarang kita tgk pulak tentang baju persalinan..mgkin penting bagi pihak perempuan...
PERKARA 15: BAJU PERSALINAN
- Bajet, ada dlm pakej mak andam beri atau tidak, berapa pasang persalinan, bila waktu/majlis yg sesuai dipakai (songket-mlm berinai, gaun-potong kek, kimono@jawa@Cheong sam@minangkabau@jubah@sari), pakaian utk pengantin perempuan shj atau bersama dgn pengantin lelaki, kasut, tudung, aksesori, props utk amik gambar (payung, beg, bunga, tongkat, kipas).


TERIMA KASIH YUMIKO NG



Terima kasih Pn Yumiko Ng kerana memilih kami TS Canopy services. Kami berharap anda berpuas hati dgn perkhidmatan kami sediakan.





TERIMA KASIH



Alhamdulillah kedua-dua majlis berjalan dgn lancar. Terima kasih kepada pihak tuan rumah yg begitu sporting n flexible...Kami berharap anda berpuas hati dgn perkhidmatan kami sediakan.
Terima kasih juga pada TS CREW yg bersama-sama menjayakan majlis yg lepas.

TERIMA KASIH SEMUA...


Thursday, 13 February 2014

PERKARA 14: BAJU NIKAH



Jom tengok lagi Tips untuk bakal pengantin...
PERKARA 14: BAJU NIKAH
- Buat sendri/ Beli siap/sewa pada mak andam, pilihan design yg sesuai dgn bentuk badan dan mengikut trend, pilihan warna yg sesuai dgn warna kulit (selalunya warna soft), Tempahan jahit manik (Jika buat sendiri), Veil (Beli, sewa atau tempah), Tudung (Awning/selendang/bawal), kasut (warna, bertutup@sandal saiz, beli atau sewa), bunga tangan (selalu mak andam sediakan) sama ada fresh flower atau plastik shj, Beli kain pasang set ngn baju melayu lelaki (selalu free samping), songkok (ada lak keronsang), butang baju melayu (bagi lelaki)


PERKARA 13: KOMPANG




- Bajet, Amik ngan siapa, pakej atau asing, baju/uniform pemain kompang sama atau tidak, main kompang berapa kali (Malam Berinai & Sanding), Datang awal sebelum majlis bermula, beri pelan rumah utk elak sesat dan datang lambat, Kompang atau muzik sahaja (jika muzik shj maklum pada DJ), sediakan makanan utk pihak kompang, kompang shj atau kompang + menari, kenderaan pemain kompang (disediakan atau tidak), berapa org pemain kompang, waktu/jam berapa kompang perlu dimainkan.