Jenis-Jenis Kanopi & Aksesori


Di dalam sesuatu majlis, tidak kiralah samada majlis perkahwinan, pertunangan mahupun majlis perasmian syarikat, jamuan, rumah terbuka dan sebagainya, kanopi memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Kanopi amat diperlukan untuk membolehkan para tetamu berlindung dari pancaran cahaya matahari dan berteduh dari hujan yang mencurah sambil menikmati hidangan yang disediakan oleh tuan rumah.

Jenis-jenis Kanopi yang biasa digunakan:-
1. Kanopi Arabian
2. Kanopi Piramid
3. Kanopi A shape
4. Kanopi Transparent

Kebiasaannya, jenis kanopi yang sering digunakan ialah Kanopi Arabian. Kanopi jenis Arabian digunakan kerana ia sesuai digandingkan dengan pelbagai kombinasi warna, lebih menarik dan lebih tinggi berbanding kanopi yang lain. Kanopi Arabian juga lebih selamat dan teguh apabila hujan.

Terdapat beberapa saiz kanopi. Antaranya:-
1. 10 kaki x 10 kaki
2. 17 kaki x 17 kaki
3. 20 kaki x 10 kaki
4. 20 kaki x 12 kaki
5. 20 kaki x 17 kaki
6. 20 kaki x 20 kaki

Kebiasaannya sesuatu majlis akan menggunakan kanopi bersaiz 20 kaki x 20 kaki kerana lebih besar dan menjimatkan kos.

Kanopi Arabian

 Kanopi Transparent

 Kanopi A Shape

Kanopi Piramid

Tidak lengkap sesuatu majlis tanpa kanopi yang dihias indah mata memandang. Untuk itu, pelbagai aksesori diperlukan untuk menyerikan sesuatu set kanopi. Antaranya ialah:

1. Meja : Meja bulat, mejapanjang, meja buffet, meja hadiah, meja DJ
2. Kerusi : Kerusi plastik, kerusi banquet.


3. Kipas : Kipas syiling, kipas berdiri.


4. Pelbagai kain untuk : Scallop, skirting, kain alas meja, table top layer


5. Lampu : Lampu kalimantang, mentol berwarna, spotlight, chandeliar.
 

6. Bunga : Bunga meja, bunga pintu gerbang, bunga di dalam pasu.

7. Permaidani


8. Canvas
9. Lembayung/Lelangit



Kami di TS Canopy Services menyediakan perkhidmatan sewaan kanopi arabian dan aksesori mengikut kehendak dan kemahuan pelanggan. Hubungi kami segera untuk khidmat nasihat percuma....017-4831215/019-4747215


0 comments:

Post a Comment