Checklist Utk Bakal Pengantin



Mesti ramai antara anda yang pening memikirkan hal-hal yg berkaitan dgn perkahwinan kan...zaman sekarang tak sama dah macam dulu...semua mak ayah buat dan fikirkan untuk kita...zaman sekarang dah berubah..kita sendiri yg kena fikirkan apa yang perlu ada dan mesti ada dalam majlis kita nanti...

JADI....

TS Canopy services nak berkongsi dgn anda checklist ataupun perkara-perkara yang perlu difikirkan untuk majlis perkahwinan anda...

PERKARA 1 : KATERING@MASAK SENDIRI
-Menu tetamu dan pengantin, berapa org tetamu, bajet, deposit brapa %, hiasan meja makan damai dan hiasan lauk pengantin, kek kahwin sediakan atau tidak, serving dome dan set meja VIP utk pihak sebelah , peralatan memasak (jika masak sendiri), peralatan katering (pinggan & gelas (melamin@kaca), set buffet (bulat atau panjang(biasa 4@5 pcs), tong air (air panas@sejuk0, bekas basuh tangan(kendi@paip), makanan yg dibungkus utk saudara-mara, pencuci mulut, pramusaji/pelayan/kenderat, siapa akan basuh pinggan (jika masak sendiri)


PERKARA 2: MAK ANDAM
- Pelamin (Dewan, Rumah, Nikah, Mlm Berinai, Sanding), Mekap brapa kali, Baju Nikah (sendiri atau sewa), Baju sanding, persalinan brapa pasang, Red Carpet, Hiasan Meja Makan Damai, Hiasan Meja Kek, Pintu Gerbang, Walk away Deco, Bunga Manggar, Set renjis + Bunga Rampai, Hiasan Bilik Pengantin, Cadar, Payung, Kipas Tangan, Kasut, Aksesori (Tudung, Rantai), Bunga tangan, tema & warna pilihan, bajet, bila start pasang pelamin dan make up.


PERKARA 3: PHOTOGRAPHER
- Siapa, bajet, berapa org photographer, pakej, promosi, pre wedding, post wedding, gambar majlis(nikah, berinai, sanding), lokasi dan waktu utk post wedding , tema, gambar bila boleh siap, soft copy(CD) & hard copy(album/storyboard)


PERKARA 4: KAD KAHWIN
Bajet sekeping, Peta/pelan lokasi majlis, design, tema warna, jenis kad, bila dah start tempah kad, kad kongsi@asing dgn pihak sebelah, cetak kad brapa keping, setem, alamat rakan/sedara, bila boleh start edar kad, buat kategori utk list tetamu (kwn sek, kwn universiti/kolej, kwn tmpt kerja, cikgu/lec, saudara belah ibu, saudara belah ayah, jiran), bunting/banner, tentatif/aturcara majlis, no tel utk dihubungi.


PERKARA 5: GOODY BAG
Bajet satu bag, jenis goody bag, nak buat sendiri atau beli siap, berapa banyak perlu disediakan, kategori bag (tetamu, VIP, kanak-kanak), nak letak apa dalam bag, bila nak start packing, dah packing nak letak kat mana, susun di mana waktu majlis berlangsung, siapa yg perlu jaga, tema warna, beli di mana (Nilai 3, Air Itam, Padang Besar)


PERKARA 6: KHEMAH/KANOPI

- Khemah utk rumah@dewan, Khemah masak (kalau masak sendiri), Hiasan Khemah (Scallop, alas meja, sarung kerusi), Kerusi & Meja (Meja Bulat@Meja Panjang), tempah kat mana, Bajet, Pelamin dan meja makan damai bawah khemah atau di rumah, Bila boleh pasang khemah, Bila buka khemah, kedudukan khemah dan susunan meja (pelan), Aksesori lain (Lembayung, Chandilier, Meja Hadiah, Meja Goody Bag, Meja DJ, Meja Sambut Tetamu, Meja Makan Damai, Platform, canvas), saiz khemah (18'x18 @ 20'x20'), jenis khemah yg sesuai (piramid, A, arabian).


PERKARA 7: HANTARAN
- Berapa dulang, sewa dulang atau beli, alas dulang, nak letak apa utk setiap dulang, bajet 1 dulang, design dan tema warna hantaran, buat sendiri, beli siap atau tempah, sirih junjung, hantaran siapa nak bawa, bila hantaran nak bawa (masa nikah, sanding, malam berinai), Senarai barang hantaran.


PERKARA 8: BUNGA TELUR
- Bajet sebatang, berapa bnyk (1 pahar=50 bunga telur), bunga telur utk merenjis atau letak dlm goody bag, kategori bunga telur kalau beri dalam goody bag (Tetamu & VIP), Jenis bunga telur (Cucuk @ Gantung), Tempat letak bunga telur/pahar (sewa@beli/cucuk@gantung), telur bila boleh beli dan rebus, bila boleh start packing bunga telur, Design (moden/tradisional/bear), tema warna.


PERKARA 9: SET P.A SISTEM & DJ
- Bajet, Ambil dengan siapa dan di mana, utk majlis apa (mlm berinai/sanding), start main pukul brapa dan habis pukul brapa, set P.A sistem dewan atau rumah, tentatif/aturcara majlis utk DJ, professional@amatur, pilihan lagu(bertema atau pelbagai), Meja DJ dan peralatan letak di kawasan mana (Halaman rumah/bawah khemah), DJ nyanyi sendiri atau set karaoke.


PERKARA 10: DEWAN.
- Pelan atau keluasan dewan (boleh muat berapa meja bulat), Jumlah meja dan kerusi yg diperlukan (utk mengelak pembaziran), kedudukan meja (meja makan damai, meja buffet, meja makan, meja hadiah, meja DJ, meja Kek, meja sambut tetamu, meja candy buffet, meja goody bag, meja VIP), Saiz meja Bulat tetamu (4'x4'-8 org @ 5'x5'-10 org), sewa dewan sahaja atau bersama kerusi meja, dewan buka bila utk setting, kemudahan bilik air dan bilik persiapan/persalinan, Hiasan dewan, deposit dewan.


PERKARA 11: PERALATAN MASAK (MASAK SENDIRI)
- Sewa atau pinjam jiran/org kampung, sewa di mana, bajet, pakej atau asing, senarai barang/peralatan yg diperlukan, kuantiti setiap peralatan yg diperlukan, cari sendiri atau tukang masak carikan, survey harga setiap peralatan, bila boleh amik peralatan, amik sendiri atau ada penghantaran, pengangkutan/lori, tempat letak peralatan(bwh khemah@dlm rumah@halaman rumah@ car porch), siapa yg akan jaga peralatan.



PERKARA 12: TEMA WARNA
-Tema warna utk majlis (nikah, malam berinai, sanding, bertandang), tema warna perlu sesuai dgn warna utk baju pengantin, hantaran, kad kahwin, baju ibu bapa pengantin, scallop khemah/hiasan dewan, bunga manggar, pelamin dan lain-lain, kombinasi warna yg menarik dan terkini (rujuk pada majalah pengantin).





PERKARA 13: KOMPANG
- Bajet, Amik ngan siapa, pakej atau asing, baju/uniform pemain kompang sama atau tidak, main kompang berapa kali (Malam Berinai & Sanding), Datang awal sebelum majlis bermula, beri pelan rumah utk elak sesat dan datang lambat, Kompang atau muzik sahaja (jika muzik shj maklum pada DJ), sediakan makanan utk pihak kompang, kompang shj atau kompang + menari, kenderaan pemain kompang (disediakan atau tidak), berapa org pemain kompang, waktu/jam berapa kompang perlu dimainkan.


PERKARA 14: BAJU NIKAH
- Buat sendri/ Beli siap/sewa pada mak andam, pilihan design yg sesuai dgn bentuk badan dan mengikut trend, pilihan warna yg sesuai dgn warna kulit (selalunya warna soft), Tempahan jahit manik (Jika buat sendiri), Veil (Beli, sewa atau tempah), Tudung (Awning/selendang/bawal), kasut (warna, bertutup@sandal saiz, beli atau sewa), bunga tangan (selalu mak andam sediakan) sama ada fresh flower atau plastik shj, Beli kain pasang set ngn baju melayu lelaki (selalu free samping), songkok (ada lak keronsang), butang baju melayu (bagi lelaki)





PERKARA 15: BAJU PERSALINAN
- Bajet, ada dlm pakej mak andam beri atau tidak, berapa pasang persalinan, bila waktu/majlis yg sesuai dipakai (songket-mlm berinai, gaun-potong kek, kimono@jawa@Cheong sam@minangkabau@jubah@sari), pakaian utk pengantin perempuan shj atau bersama dgn pengantin lelaki, kasut, tudung, aksesori, props utk amik gambar (payung, beg, bunga, tongkat, kipas).



PERKARA 16: PENGAPIT

- Siapa (saudara-mara, kawan), ketinggian pengapit lelaki dn wanita, baju pengapit lelaki dan perempuan sedondon (tema warna (jangan pakai warna baju sama dengan warna baju pengantin), tema majlis (english, garden, songket) bercorak@plain), baju pengapit sendiri atau baju disediakan oleh pengantin sbg hadiah, tetapkan pengapit utk setiap majlis (akad nikah, malam berinai, sanding & bertandang), bila pengapit smpai ke rumah, tugas-tugas pengapit (lap peluh pengantin, payungkan pengantin, sendukkan makanan utk pengantin, kipas pengantin ketika sanding, menemani pengntin, dsb)



PERKARA 17 : FLOWER GIRL/BOY
- Siapa yg sesuai (lelaki & perempuan/ perempuan shj):min 2 org..maksimum berapa pun boleh, peringkat umur (dewasa @ kanak-kanak) baju yg perlu dipakai (gaun, pakaian tradisional, kot, dress, kasual): ikut tema, aksesori yg perlu dipakai @ dibawa (bunga tgn, bunga di kepala, bakul berisi bunga@kelopak bunga, kipas, bunga rampai, payung, magic wand@tongkat magik), susunan (kecil dpn, sederhana tgh, bsr blkg/ pmpuan kiri lelaki kanan), duduk di mana (depan pelamin, sebelah pelamin, sebelah pengapit), tugas (tabur kelopak bunga, jalan dulu sebelum pengantin, angkat kain@veil pengantin perempuan)
 



PERKARA 18 : MAJLIS AKAD NIKAH
- Tarikh, masa, tempat (Rumah @ Masjid @ Surau), urusan ngan Tok Kadi@pjabat Agama@Hospital@Imam@Saksi dah selesai (Borang utk kedua2 belah pihak lengkapkan), ada majlis makan2 tak utk family sebelah pihak lelaki dan tetamu yg hadir (jika ada menu apa, katering atau masak sendiri, dalam rumah, khemah @ di masjid, buffet atau packing), siapa jaga rumah semasa akad nikah nanti (jika bt di masjid atau di tempat lain), pakaian akad nikah pengantin (tempah sendiri @sewa, tema warna), aksesori lain (tudung, samping, songkok, bunga tgn, brg kemas, kasut, bantal nikah), pakaian ahlia keluarga (tema warna), pelamin jika bt di rumah, mas kahwin berapa (ikut negeri), batal air sembahyang nak bagi apa (gelang, rantai, cincin), hantaran yg lain perlu disediakan@dibawa bersama (duit mas kahwin, brg kemas, sirih junjung), hantaran (tema warna, hias sndiri atau tmpah, brapa dulang perlu disediakan dan di bawa semasa akad nikah, siapa yg bawa, kursus kahwin dah pergi ke belum (pergi bersama@asing), kenderaan ke masjid utk akad, jurugambar@juruvideo (siapa, brapa org).


1 comments:

syamil said...

sy nak tnya kalau sewa khemah dj pelamin shaja brape hrga sebab msak sndiri..boleh pm sy 0129248412

Post a Comment